PENYOKONG  Malaysia bagaikan tak sabar  menyaksikan final Pestabola Merdeka 2023 antara Harimau Malaya menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
PENYOKONG Malaysia bagaikan tak sabar menyaksikan final Pestabola Merdeka 2023 antara Harimau Malaya menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya nyata 'serius' mahu menjulang trofi Pestabola Merdeka apabila membariskan skuad terkuat pada final menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Dalam senarai kesebelasan utama diumumkan, pengendali negara Kim Pan-gon hanya membuat dua pertukaran berbanding ketika membenam India 4-2 Jumaat lalu.

Pan-gon menyenaraikan Safawi Rasid dan Brendan Gan dengan menggantikan Nooa Laine dan Akhyar Rashid bagi memperkukuhkan jentera tengah pasukan negara.

Selebihnya Pan-gon mengharapkan sentuhan berbisa Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi dwn Darren Lok untuk merobek gawang Tajikistan.

Manakala bahagian tengah pula diperkuatkan Brendan dan Endrick, dengan pengalaman Dion Cools, Corbin Ong, Dominic Tan dan Matthew Davies di posisi pertahanan.

Manakala Syihan Hazmi terus dipertangggungjawabkan di depan pintu gol negara.

Senarai Kesebelasan Utama:

Syihan Hazmi (PG)

Matthew Davies

Dominic Tan

Faisal Halim

Darren Lok

Safawi Rasid

Arif Aiman Hanapi

Endrick dose Santos

Brendan Gan

Dion Cools (K)

Corbin Ong

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2023 @ 8:31 PM