Prestasi longlai Manchester United undang kritikan bekas pemain kelab itu. FOTO Agensi
Prestasi longlai Manchester United undang kritikan bekas pemain kelab itu. FOTO Agensi
Reuters

London: Bekas pemain Manchester United, Paul Scholes dan Gary Neville meluahkan rasa kecewa di atas kekalahan terbaharu Red Devils di bawah kendalian Erik ten Hag yang tumbang 0-2 kepada West Ham United.

Dua jaringan pemain West Ham, Jarrod Bowen dan Mohammed Kudus yang dijaringkan pada babak kedua itu membuatkan United mengalami kekalahan ke-13 dalam kesemua kejohanan musim ini, malah ia adalah kekalahan pertama menjelang Krismas sejak 1930.

United kini menghuni tangga kelapan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan ketinggalan lapan mata di belakang kelompok empat terbaik liga setakat ini dilihat agak tumpul di depan gawang gol.

Malah situasi itu dapat dilihat dalam empat aksi sebelum ini di mana anak buah Ten Hag gagal meledak sebarang gol.

United hanya menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan setakat ini, sekaligus rekod jaringan itu hampir menyamai jumlah gol pasukan tercorot Sheffield United.

"Pasukan semakin tertekan biarpun pada awalnya beraksi agak baik," kata Scholes kepada TNT Sports.

"Anda membelanjakan banyak wang untuk pemain, mengharapkan lebih banyak daripada mereka. Tidak juga berlaku untuk (Marcus) Rashford.

"Perkara paling mudah untuk dilatih dalam bola sepak ialah bertahan, perkara yang paling sukar ialah mengajar mereka cara menjaringkan gol.

"Itu (untuk menjaringkan gol) mesti datang daripada pemain. Sentuhan menjaringkan gol benar-benar kurang. Ia semakin memalukan, kreativiti adalah masalah besar," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2023 @ 12:10 PM