PENYERANG Crystal Palace, Jordan Ayew (terbaring) menanduk masuk gol pertama ketika menentang Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, London awal pagi tadi. FOTO AFP
PENYERANG Crystal Palace, Jordan Ayew (terbaring) menanduk masuk gol pertama ketika menentang Brighton pada aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, London awal pagi tadi. FOTO AFP
AFP

London: Jaringan penyamaan Danny Welbeck pada 10 minit terakhir babak kedua menyaksikan Brighton bangkit mengikat Crystal Palace 1-1 dalam aksi Liga Perdana Iggeris di Selhurst Park awal pagi tadi.

Biarpun Jordan Ayew menanduk masuk gol pembukaan buat The Eagles pada masa kecederaan babak pertama namun pelawat berjaya bangkit untuk kedua-duanya berpuas hati meraih satu mata.

Bagaimanapun Brighton kembali memperagakan aksi lebih kemas pada babak kedua dengan pengurus pasukan, Robert De Zerbi membuat beberapa perubahan termasuk membawa Welbeck sebagai pemain gantian di hujung permainan.

"Saya fikir kami hilang dua mata tetapi jika kami hilang dua mata, ia kerana kami melakukan terlalu banyak kesilapan, terutamanya pada babak pertama.

"Kami beraksi lebih bertenaga pada babak kedua dan mendapat peluang untuk menjaringkan gol," kata De Zerbi.

Welbeck tampil sebagai seorang daripada pemain gantian selepas rehat dan tandukan padu bekas pemain antarabangsa England itu ke penjuru gol susulan hantaran lintang Pascal Gross menyamakan kedudukan pada minit ke-82.

Satu mata melonjakkan Brighton ke tangga kelapan dalam liga, manakala Palace sembilan mata di atas zon penyingkiran di tangga ke-15.

Anak buah Roy Hodgson hanya menang satu perlawanan di laman sendiri sepanjang musim, namun bekas pengurus England itu mengakui Brighton berhak sekurang-kurangnya meraih satu mata selepas mendominasi babak kedua.

"Saya tidak boleh nafikan kualiti persembahan babak kedua Brighton dan mereka berhak mendapat gol itu," kata Hodgson.

"Saya rasa saya perlu katakan akhirnya dengan ia satu perlawanan jiran tetangga, saya fikir kami terpaksa berpuas hati dengan satu mata".

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Disember 2023 @ 8:26 AM