SALAH (tengah) berjaya menjaringkan gol kemenangan Liverpool. FOTO AFP
SALAH (tengah) berjaya menjaringkan gol kemenangan Liverpool. FOTO AFP
Reuters

Liverpool: Penyerang, Mohamed Salah menjaringkan gol kemenangan tatkala Liverpool bangkit daripada ketinggalan untuk menumpaskan Brighton & Hove Albion 2-1 dan kembali berada di tangga teratas liga menjelang aksi Manchester City bertemu Arsenal sebentar nanti.

Jaringan Salah pada separuh masa kedua membolehkan Liverpool mengumpul 67 mata, tiga mata mengatasi pasukan tempat kedua, Arsenal dan empat mata meninggalkan City dalam aksi penting perlumbaan mengejar kejuaraan liga.

Danny Welbeck terlebih dahulu meletakkan Brighton di depan selepas 84 saat perlawanan bermula selepas mereka mematahkan asakan Liverpool untuk melakukan serangan balas pantas.

Welbeck berada dalam petak penalti dan rembatannya gagal diselamatkan Caoimhin Kelleher untuk memecahkan kebuntuan.

Luis Diaz menyamakan kedudukan pada minit ke-27 selepas Brighton gagal mengeluarkan bola bermula dari sepakan sudut dan tekanan Liverpool akhirnya membuahkan hasil sekali lagi apabila

Alexis Mac Allister bergabung bersama penyerang Mesir, Salah bagi mencari jaringan kemenangan pada minit ke-67.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mac 2024 @ 11:11 PM