PAN-GON (dua dari kanan) bersama barisan kejurulatihan Harimau Malaya berada di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan final Piala Malaysia antara JDT dan TFC, malam ini.
PAN-GON (dua dari kanan) bersama barisan kejurulatihan Harimau Malaya berada di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan final Piala Malaysia antara JDT dan TFC, malam ini.
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya diketuai Kim Pan-gon turut hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (JDT), malam ini.

Kehadiran lengkap semua staf kejurulatihan itu turut disertai ketua jurulatih skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara, Juan Torres Garrido.

Kemunculan Pan-gon mungkin untuk menilai lebih dekat prestasi pemain kedua-dua pasukan di final itu.

Untuk rekod, separuh kekuatan skuad Harimau Malaya datangnya daripada pemain JDT.

Manakala pemain TFC kebanyakannya memperkuatkan skuad B-23 negara.

Skuad senior negara bakal beraksi di Piala Asia di Qatar bulan depan, lantas aksi ini bakal dijadikan pentas terakhir buat Pan-gon menilai setiap pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2023 @ 8:38 PM