PEMILIHAN sofa yang bersesuaian amat penting untuk memberi keselesaan kepada penghuni dan tetamu.
PEMILIHAN sofa yang bersesuaian amat penting untuk memberi keselesaan kepada penghuni dan tetamu.
Muhamaad Razis Ismail


Dalam menata hias kediaman, perabot antara aspek penting yang perlu dititik beratkan pemilik kediaman.

Antara perabot 'wajib' yang berada di hampir setiap kediaman adalah sofa yang biasanya ditempatkan di ruang tamu.

Ruang tamu bukan sahaja menjadi tempat berkumpul untuk pelbagai aktiviti bersama ahli keluarga malah berfungsi sebagai tempat meraikan tetamu.

Disebabkan kedudukan ruang tamu yang berada paling hadapan, ruangan ini memainkan peranan penting untuk memberi gambaran keseluruhan di dalam sesebuah kediaman.

Justeru itu, dalam menghias atau pengubahsuaian ruang tamu perlu dititikberatkan bukan sahaja untuk kelihatan cantik malah dapat memberi keselesaan dan ketenangan kepada penghuni serta tetamu khususnya pemilihan sofa yang bersesuaian.

Ketua Pemasaran Fella Design dan Fella Urban, Nicole Chen berkata, kebiasaannya dalam pemilihan sofa yang bersesuaian, pelanggan amat menitik beratkan perabot yang berkualiti dan pada harga berpatutan.

Katanya, daripada segi rekaan sofa, golongan yang berusia lebih cenderung dengan gaya tradisional berbanding golongan muda yang lebih meminati gaya Eropah.

"Sebagai contoh, golongan yang berusia sukakan sofa yang mempunyai penyandar rehat belakang yang tinggi untuk memberikan sokongan kepada tubuh pengguna.

"Berbeza dengan golongan muda yang lebih meminati sofa yang mempunyai penyandar rehat yang rendah kerana mementingkan rekaan," katanya.

REKAAN sofa di Fella Design menerusi koleksi Farmhouse dapat menarik perhatian sama ada yang tua mahupun yang muda.
REKAAN sofa di Fella Design menerusi koleksi Farmhouse dapat menarik perhatian sama ada yang tua mahupun yang muda.

PEMILIHAN sofa perlu mengambil kira gaya hidup pemilik kediaman.
PEMILIHAN sofa perlu mengambil kira gaya hidup pemilik kediaman.

Menurutnya, dalam memilih sofa yang bersesuaian, pemilik kediaman hanya mempunyai satu pilihan sama ada praktikal atau rekaan yang lebih mempunyai estetika.

"Dalam hal ini biasanya golongan yang lebih berusia cenderung memilih fungsi (sofa) berbanding golongan muda yang menitik beratkan rekaan sofa sebagai pelengkap dekorasi kediaman," katanya.

Nicole berkata, dalam memilih sofa bersesuaian, jenis fabrik perlu diberi perhatian dan disesuaikan dengan gaya hidup pemilik kediaman.

"Bagi yang pemilik yang sudah berkeluarga, anda boleh memilih sofa yang menggunakan fabrik menyerap air yang lebih mudah dicuci sekiranya terkena kotoran.

"Pada masa sama, cuba elakkan dari menggunakan sofa berwarna putih untuk lebih mudah dijaga dan dapat mengelakkan kekotoran nampak lebih jelas," katanya.

Beliau berkata, Fella Design terkenal di Malaysia dengan sofa yang kukuh dan tahan lama yang dilapisi dengan cetakan bunga kotej Inggeris.

"Fella Design mahu memperkenalkan sesuatu yang bertenaga dan baharu dan pada masa sama mengekalkan identiti kami. Menerusi koleksi Farmhouse Fella Design, rekaan sofa yang diketengahkan dapat menarik kedua-dua generasi sama ada yang tua mahupun yang muda.

"Malah, kami mendapat pujian menerusi sofa yang boleh disesuaikan mengikut trend negara dan kontemporari dari Amerika dan Eropah.

"Dengan pengalaman selama 38 tahun bertapak dalam industri perabot, Fella Design begitu teliti dalam menyusun koleksi ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mei 2024 @ 6:43 AM