Sarah Yasmine
Sarah Yasmine

Kuala Lumpur: Sarah Yasmine wanita yang mengaku sebagai kekasih kepada Aliff Aziz mendakwa mendapat perintah mahkamah melarang dirinya mengulas atau memuat naik kandungan menyentuh pelakon dan penyanyi berasal dari Singapura itu.

Sarah mendakwa dia mahukan ruang untuk berdiam diri sementara selepas diberi perintah mahkamah.

Bagaimanapun, Sarah tidak menyatakan dengan terperinci perintah mahkamah yang didakwa diterimanya itu.

"Untuk sementara ini, hingga kes selesai, mulut Sarah dikunci sebab diberi 'court order'.

"Sarah tidak boleh kata apa-apa atau muat naik apa-apa mengenai dia (Aliff) beberapa hari sebelum podcast (rakaman podcast diterbit The Common Folks) dimuat naik.

"Jadi, Sarah tidak boleh beri apa-apa kenyataan. Jadi, Sarah harap anda semua boleh berdoa untuk semuanya lancar dengan tindakan yang Sarah hendak buat terhadap semua individu yang Sarah mahu ambil tindakan," katanya melalui hantaran Instagram (IG).

Sarah turut mohon maaf kepada individu yang melayangkan mesej langsung kepadanya.

"Sesiapa yang hantar Direct Message (DM) saya mengenai kerja, Sarah minta maaf sangat. Sarah tak balas sebab fokus sepenuhnya dengan apa yang Sarah patut buat. Tetapi, Insya-Allah, Sarah boleh balas semua hari ini sebab inilah masanya," tulisnya.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Aliff dan isterinya Bella Astillah menjadi lebih parah selepas pendedahan dimuat naik di IG, Sarah menerusi beberapa tangkapan layar didakwa mengandungi perbualan mesra dan perancangan Aliff dengan seorang wanita yang dipercayai Ruhainies.

Tidak cukup dengan itu Sarah turut membuat pendedahan membabitkan beberapa artis lain.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mei 2024 @ 10:58 PM