SALAH (tengah) sekali lagi akan menjadi taruhan Liverpool apabila turun berdepan Nottingham Forest. -FOTO AFP
SALAH (tengah) sekali lagi akan menjadi taruhan Liverpool apabila turun berdepan Nottingham Forest. -FOTO AFP
Reuters

London: Liverpool akan cuba untuk terus memberikan cabaran dalam perebutan kejuaraan liga apabila mereka melayan kunjungan Nottingham Forest yang terbukti sukar untuk ditewaskan pada penampilan musim kedua dalam Liga Perdana.

Liverpool (20 mata) akan memulakan saingan hujung minggu ini dengan enam mata di belakang Tottenham selaku pendahuluan liga dan kini menghuni kedudukan keempat.

Skuad kendalian Jurgen Klopp masih kekal dengan rekod sempurna di tempat sendiri dalam semua pertandingan, terbaharu menewaskan seteru derby Everton 2-0 Sabtu lalu dan menewaskan Toulouse 5-1 Khamis lalu dalam perlawanan kumpulan Liga Europa UEFA.

Namun dengan kurang daripada 72 jam untuk pulih - bermakna Klopp perlu membuat beberapa pilihan mengenai penggiliran pemain.

Begitupun Klopp dilihat mempunyai pilihan yang cukup apabila masih boleh menurunkan penjaring terbanyak kelab, Mohamed Salah dari bangku simpanan apabila menentang musuh dari Perancis, Toulouse Khamis lalu.

"Ini bermakna ramai pemain yang tidak bermain (menentang Toulouse) akan diturunkan esok," kata Klopp mengenai jadual itu.

"Ia adalah percaturan rentak yang kami miliki tahun ini dan kami harus membiasakannya lebih awal," katanya.

Sementara itu selepas berjuang untuk memastikan terus berada dalam Liga Perdana selepas lebih dua dekad pada kempen lalu, Nottingham Forest (10 mata) kini enam mata dari zon penyingkiran.

Namun tidak bermakna mereka kini berada dalam zon selesa.

Pengurus Steve Cooper menunjukkan prestasi yang mengagumkan selepas kekalahan kepada Arsenal dan Manchester United, mereka berjaya meraih kemenangan 1-0 ke atas Chelsea September lalu.

Tetapi Trees kini seri empat daripada lima perlawanan dengan mereka berpeluang untuk menang tiga lagi perlawanan apabila turun di tempat sendiri.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Oktober 2023 @ 8:55 AM