KAPTEN KL City, Paulo Josue  (kanan) diasak pemain Sri Pahang, Kevin Ingreso pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia, Ahad lalu. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
KAPTEN KL City, Paulo Josue (kanan) diasak pemain Sri Pahang, Kevin Ingreso pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia, Ahad lalu. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM
Asrol Awang


Kuantan: Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) menuntut skuad Tok Gajah melakukan kebangkitan luar biasa apabila berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC di suku akhir kedua Piala Malaysia, Ahad ini.

Beraksi di Stadium Darul Makmur, kelebihan dimiliki skuad kendalian Fandi Ahmad itu perlu diterjemahkan dengan kemenangan, sekali gus mara ke separuh akhir piala berprestij itu.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, skuad itu perlu mempamerkan corak permainan agresif untuk mendapatkan gol awal.

"Sri Pahang perlu menang jika mahu melangkah ke separuh akhir terutama dengan kelebihan beraksi di tempat sendiri.

"SPFC menuntut aksi terbaik dipersembahkan pemain walaupun KL City memiliki bekalan satu gol.

"Saya percaya dengan sokongan padu penyokong dan taktikal ketua jurulatih (Fandi) akan berpihak kepada Sri Pahang," katanya.

Mohammed Suffian berkata, fokus utama skuad itu ialah memperkasakan jentera serangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada Kpah Sherman.

Katanya, dia percaya Fandi akan merangka strategi terbaik untuk membawa Sri Pahang melangkah lebih jauh dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 September 2023 @ 4:41 PM