LEE Jeong Geun (kiri) menyertai Sri Pahang FC. FOTO Sri Pahang FC
LEE Jeong Geun (kiri) menyertai Sri Pahang FC. FOTO Sri Pahang FC
Asrol Awang


Kuantan: Sri Pahang FC mengesahkan dua pemain Korea Selatan menyarung jersi Sri Pahang FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kehadiran dua pemain import itu melengkapkan lapan import yang beraksi bersama skuad kendalian Fandi Ahmad itu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SPFC, Datuk Mohammed Suffian Awang, berkata mereka adalah Lee Ji Yong, 22 dan Lee Jeong Geun, 28.

"Namun, Ji Yong beraksi dalam Piala MFL 2023 manakala Jeong Geun pula dalam saingan Liga Super.

"Dengan kehadiran dua pemain ini, masing-masing bermain di posisi tengah dan pertahanan dapat membantu pasukan melakar kejayaan musim ini," katanya.

Enam pemain import lain yang beraksi bersama Sri Pahang musim ini ialah Sherzod Fayziev dari Uzbekistan, Kevin Ingreso (Filipina), Kpah Sherman

(Liberia), Stefano Brundo (Argentina), Lucas Silva (Brazil) dan Michael Glassock (Australia).

Mengulas pencapaian skuad Tok Gajah selepas tiga perlawanan, Mohammed Suffian berpuas hati dengan pencapaian itu selepas mengutip lima mata tanpa

tewas.

Katanya, pencapaian itu diharap lebih baik pada perlawanan akan datang untuk memastikan Sri Pahang tidak kehilangan mata.

"Menang di halaman sendiri dan seri dua perlawanan di tempat lawan adalah pencapaian terbaik setakat ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2023 @ 12:56 PM