RONALDO tak sengaja menendang kepada Dubravka. -FOTO Viaplay Sports UK
RONALDO tak sengaja menendang kepada Dubravka. -FOTO Viaplay Sports UK
Agensi

Slovakia: Cristiano Ronaldo bernasib baik kerana terlepas daripada dilayangkan kad merah selepas dia dikatakan menendang bekas rakan pasukan di Manchester United, Martin Dubravka dengan studnya semasa perlawanan kelayakan Euro 2024 Portugal menentang Slovakia.

Ronaldo menerjang untuk mendapatkan bola pada separuh masa kedua perlawanan dan secara tidak sengaja terkena muka Dubravka.

Penyerang veteran itu menyatakan dia tidak bersalah dan meminta maaf kepada Dubrvaka dan dilayangkan kad kuning oleh pengadil.

VAR memang memeriksa insiden sama ada ia adalah kad merah atau sebaliknya dan akhirnya Ronaldo terlepas daripada hukuman itu selepas menunjukkan bahawa kakinya tergelincir dari dada Dubravka ke mukanya.

Ronaldo pernah beraksi bersama Dubravka di Manchester United musim lalu.

Portugal mendahului 1-0 di Bratislava hasil jaringan Bruno Fernandes ketika kejadian itu berlaku pada minit ke-61.

Kapten United itu merembat masuk ke penjuru bawah gawang minit ke-43 untuk memberikan pendahuluan kepada pasukan lawan.

Ronaldo bermain dalam perlawanan ke-201 untuk Portugal pada usia 38 tahun.

Penyerang berusia 38 tahun itu meninggalkan United pada Disember selepas kontraknya ditamatkan atas persetujuan bersama berikutan pertelingkahan dengan pengurus Erik ten Hag.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2023 @ 7:01 PM