REAKSI tidak puas hati Ronaldo selepas tamat perlawanan. -FOTO AP
REAKSI tidak puas hati Ronaldo selepas tamat perlawanan. -FOTO AP
Agensi

London: Manchester United membalas dakwaan mereka boleh menamatkan kontrak Cristiano Ronaldo jika dia tidak mengubah sikapnya.

United dikatakan mempunyai kebimbangan mengenai tingkah laku Ronaldo dan mungkin mempertimbangkan untuk menamatkan perjanjian, dakwa Sky Sports.

Ronaldo, 37, meluru keluar padang selepas kekalahan United 4-0 kepada Brentford tanpa berjabat tangan dengan Erik ten Hag.

Pemain Portugal itu turut menyelar David De Gea selepas dua kesilapannya yang membolehkan Bees 2-0.

Ronaldo dirakam melambai tangannya dan memberi isyarat kepada penjaga gol Sepanyol itu.

Selepas wisel penamat, Ronaldo tidak bertepuk tangan buat penyokong yang datang dan bercakap dengan jurulatih Steve McClaren sebelum keluar padang.

Dan United dikatakan tidak akan membiarkan pemain itu begitu sahaja kerana tindakannya itu.

Ronaldo sebelum ini dilaporkan meminta keluar dari kelab pada musim panas dan sudah berbincang dengan Ten Hag serta ejennya, Jorge Mendes apabila dia kembali ke Carrington bulan lalu.

Penyerang itu mahu beraksi dalam Liga Juara-Juara namun perpindahan gagal dilaksanakan.

Ronaldo ditawarkan kepada AC Milan dan pesaing mereka Inter tetapi kedua-dua kelab menolak peluang untuk menandatangani bintang itu.

Tetapi Erik Ten Hag mendakwa Ronaldo masih sebahagian daripada rancangannya dan tidak meminta untuk pergi.

Sebelum perlawanan Brentford bos United berkata: "Saya berurusan dengan pemain yang kami ada dan kami merancang dengannya untuk musim ini dan kami gembira dengannya dan perlu menyenaraikannya ke dalam pasukan.

"Jadi dia capai tahap kecergasan yang betul supaya dia boleh melakukan kerja yang kami harapkan dia lakukan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Ogos 2022 @ 10:39 AM