PEMAIN Kedah Bojan Ciger diasak  dua pemain Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman.
PEMAIN Kedah Bojan Ciger diasak dua pemain Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman.
Asrol Awang


Kuantan: Sri Pahang FC yang tewas 0-2 kepada Kedah Darul Aman (KDA) FC pada 8 Ogos lalu, perlu bangkit jika mahu berada pada kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super.

Ini kerana skuad Tok Gajah kini berada di kedudukan kelima saingan liga selepas mengharungi 19 perlawanan.

Bagi pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad, beliau mahu anak buahnya segera bangkit selepas mengalami kekalahan di tangan Kedah.

"Sri Pahang tidak boleh lagi melakukan kesilapan mudah hingga menyebabkan skuad itu kehilangan mata."Pemain perlu sedar dan bangun kembali bagi mempertingkatkan prestasi dan kekuatan pasukan sekali gus bersaing dalam Liga Super.

"Kekalahan kepada Kedah tidak seharusnya berlaku jika pemain bijak dan memanfaatkan segala peluang.

"Kesilapan memberikan ruang kepada lawan menyebabkan Sri Pahang tewas sekali gus terlepas mata.

"Bagi saya, kekalahan kepada Kedah bukannya disebabkan faktor keletihan tetapi tuan rumah beraksi lebih baik," kata legenda bola sepak Singapura itu.

Selepas 19 perlawanan, Sri Pahang berada di kedudukan kelima liga dengan mengutip 37 mata ketika Johor Darul Ta'zim (JDT) selesa menerajui takhta liga.

Namun, saingan masih boleh dilakukan skuad Tok Gajah untuk berada dalam kelompok tiga terbaik dalam saingan liga musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Ogos 2023 @ 6:11 PM