PENGENDALI  Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh. FOTO ASROL AWANG
PENGENDALI Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh. FOTO ASROL AWANG
Asrol Awang


Kuantan: Pengendali Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh menuntut anak buahnya mengekalkan prestasi terbaik pada perlawanan menentang PJ City FC pada aksi Liga Super, 9 Ogos ini.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, dua kemenangan berturut-turut ketika menewaskan Selangor FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC diharap menjadi suntikan semangat untuk mencatat kemenangan seterusnya.

"Sudah pasti kami mahukan kemenangan untuk terus melonjakkan Sri Pahang d kedudukan lebih baik dalam saingan Liga Super.

"Pada masa sama, semua pemain diharap dapat mengekalkan prestasi dan bermain lebih bagus pada baki saingan Liga Super," katanya.

Selepas mengharungi 13 perlawanan, skuad Tok Gajah berada di kedudukan kesembilan liga dengan 14 mata.

Dua kemenangan ketika menewaskan KDA dan Selangor menyaksikan Sri Pahang mula menemui rentak selepas beraksi hambar pada perlawanan sebelumnya.

Mengulas mengenai rehat panjang sebelum berdepan PJ City, Dollah berkata, tempoh itu memberikan lebih ruang kepada pemain untuk proses pemulihan.

Menurutnya, selain itu, tahap kecergasan akan dipertingkatkan untuk memastikan semua pemain dapat mempamerkan aksi terbaik mereka sepanjang 90 minit perlawanan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Ogos 2022 @ 6:48 PM