ZAHA menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Galatasaray. FOTO TWITTER GALATASARAY
ZAHA menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama Galatasaray. FOTO TWITTER GALATASARAY
AFP

Istanbul: Wilfried Zaha menandatangani kontrak tiga tahun bersama Galatasaray menerusi perjanjian bernilai 15.4 juta euro (RM78 juta) selepas kontraknya bersama Crystal Palace berakhir, umum kelab juara Turkiye itu, awal pagi tadi.

Penyerang berusia 30 tahun itu menerima bonus tandatangan kontrak sebanyak 2.33 juta euro (RM11.8 juta) dan gaji tahunan 4.35 juta euro (RM22 juta), menurut Galatasaray.

Selain beraksi seketika bersama Manchester United dan Cardiff City antara 2013 dan 2014, Zaha kekal setia dengan Crystal Palace sejak membuat penampilan profesional pada 2010 dan menjaringkan 90 gol dalam 458 perlawanan.

Pemain Ivory Coast itu, yang turut menjadi sasaran musuh utama Galatasaray, Fenerbahce, akan bergandingan dengan penyerang Argentina, Mauro Icardi yang dipinjamkan ke kelab Istanbul itu dari Paris Saint-Germain.

Dia akan bermain di samping penyerang antarabangsa Congo, Cedric Bakambu, yang menyertai kelab itu, Ahad lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2023 @ 8:14 AM