AGNELLI (kanan) juga terbabit dalam projek Liga Super Eropah yang gagal sebelum ini. FOTO Reuters
AGNELLI (kanan) juga terbabit dalam projek Liga Super Eropah yang gagal sebelum ini. FOTO Reuters
Reuters

Milan: Mahkamah bola sepak Itali mengenakan penggantungan 16 bulan terhadap bekas Pengerusi Juventus, Andrea Agnelli dalam kes berhubung penyelewengan dalam pembayaran kelab kepada pemain, kata Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC).

Agnelli, salah seorang tokoh di sebalik projek Liga Super Eropah yang gagal pada 2021, turut dikenakan denda €60,000 (RM308,000), kata FIGC.

Beliau menjadi pengerusi Juventus selama lebih sedekad tetapi mengumumkan peletakan jawatannya pada November lalu berikutan skandal kewangan yang melanda pasukan bola sepak paling berjaya di Itali itu.

Sebagai sebahagian daripada kes yang sama, Juventus pada Mei bersetuju untuk membayar denda sebanyak €718,000 (RM3.6 juta) dan tidak mencabar penalti 10 mata untuk musim Serie A yang lalu, dalam penyelesaian yang dicapai dengan pihak berkuasa bola sepak Itali.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Julai 2023 @ 10:19 AM