MAGUIRE (kiri) bukan lagi pilihan utama di Man United. FOTO Reuters
MAGUIRE (kiri) bukan lagi pilihan utama di Man United. FOTO Reuters
Agensi

London: Harry Maguire akan kehilangan jawatan kapten secara rasmi di Manchester United minggu ini walaupun jika dia kekal bersama kelab itu.

Maguire setakat ini mengekalkan peranan sebagai kapten kelab, walaupun hanya berada dalam kesebelasan utama sebanyak lapan kali di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Pengurus Erik ten Hag akan berbincang dengan pemainnya dalam beberapa hari akan datang bagi mendapatkan pandangan mereka.

Bruno Fernandes, kapten pasukan pada separuh musim kedua pada musim lalu, nampaknya akan menggalas peranan itu sepenuhnya.

Maguire, 30, kini berada di belakang Lisandro Martinez, Raphael Varane, Victor Lindelof dan Luke Shaw dalam pilihan barisan pertahanan.

Tawaran terhadapnya agak terhad namun kenaikan gaji disebabkan United kembali ke kancah Liga Juara-Juara menyebabkan ramai yang tidak berminat.

Terdapat minat dipamerkan West Ham sebelum ini iaitu perpindahan secara pinjaman, tetapi ditolak pada Januari lalu, manakala Spurs dan Newcastle turut dikaitkan dengan bidaan.

United perlu menjual pemain untuk menjana lebih banyak pembelian besar susulan kehadiran Mason Mount dengan harga £55 juta (RM329 juta) dan dengan kemelut pemilikan kelab, ia menjejaskan perancangan Ten Hag.

Maguire mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya tetapi menyedari tempatnya dalam pasukan England berisiko jika dia terkeluar daripada skuad utama.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Julai 2023 @ 6:47 PM