JIM Ratcliffe. FOTO Agensi
JIM Ratcliffe. FOTO Agensi
Agensi

London: Jim Ratcliffe menegaskan beliau masih berada dalam persaingan untuk membeli Manchester United.

Orang terkaya Britain itu percaya kelab istimewa itu seperti seni unik dan bidaan tepat adalah apa yang diperlukan oleh United.

Bagaimanapun Ratcliffe, yang bersaing dengan hartawan Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad al-Thani, sedar dia tidak boleh memaksa keluarga Glazer untuk menjual kelab itu kepadanya.

Ratcliffe, yang sudah bertemu pemilik United itu beberapa kali menjelaskan: "Saya sudah menandatangani perjanjian tidak akan mendedahkan apa-apa, jadi saya tidak boleh bercakap terlalu banyak. Tetapi proses masih berjalan dan kami sedang melaluinya.

Sheikh Jassim mahukan pemilikan 100 peratus manakala Ratcliffe bersedia membeli sebahagian besar saham yang masih membolehkan pengerusi bersama United ketika ini, Joel dan Avram Glazer kekal untuk jangka masa tertentu.

Ratcliffe menambah, sebagai peminat kelab itu ketika dia tinggal di Bolton bakal menjadi faktor kejayaannya untuk membeli United.

"Nilai pasukan seperti ini sangat istimewa, ia seperti seni yang sukar ditemui. Saya tidak rasa dunia sukan banyak berubah sejak 10 tahun lalu," katanya.

Ratcliffe turut berjanji untuk tidak meletakkan nama syarikatnya sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk stadium baharu United: "Saya tidak akan menukarnya, ia akan sentiasa menjadi Old Trafford."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Julai 2023 @ 1:15 PM