RASHFORD dan United saling bergantungan. -FOTO Reuters
RASHFORD dan United saling bergantungan. -FOTO Reuters
AFP

London: Erik ten Hag percaya Manchester United dan Marcus Rashford akan "mencari satu sama lain" dalam usaha menandatangani kontrak baharu antara Manchester United dan penyerang England itu.

Kontrak Rashford hanya berbaki setahun bersama kelab yang diwakilinya sejak berusia tujuh tahun.

Pemain berusia 25 tahun itu menolak laporan awal tahun ini bahawa dia menuntut £500,000 (RM2.8 juta) setiap minggu untuk kekal di Old Trafford.

Ten Hag bagaimanapun bersikap tenang dengan pengendali United berkata: "Saya tahu (ia mengambil masa), tetapi saya tidak bercakap mengenai prosesnya.

"Ini tidak penting buat saya atau Rashy buat masa ini. Baginya, ia adalah untuk mendapatkan lebih banyak gol musim ini dan dia bermain musim yang hebat bersama-sama pasukan menempuh musim yang hebat.

"Kami perlu layak ke Liga Juara-Juara dan fokus pada itu. Marcus mahu kekal dan kami mahu dia kekal, jadi saya fikir kami akan mencari satu sama lain."

Kedudukan Rashford masih belum diputuskan disebabkan oleh keputusan pemilik semasa kelab, keluarga Glazer yang berpangkalan di AS, untuk melancarkan proses penjualan kelab menambah ketidakpastian mengenai rancangan gergasi Inggeris itu untuk jendela perpindahan.

"Kami melakukan tugas kami dan kami bekerja keras tetapi buat masa ini ia adalah mengenai perlawanan, untuk ke Liga Juara-Juara dan Piala FA," kata Ten Hag.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mei 2023 @ 7:59 AM