NAGELSMANN tidak kisah diundi menentang City. FOTO Reuters
NAGELSMANN tidak kisah diundi menentang City. FOTO Reuters
Reuters

Munich: Aksi suku akhir Liga Juara-Juara Bayern Munich menentang Manchester City adalah satu cabaran besar buat The Bavarians namun sebagai pencabar kejuaraan mereka harus menyingkirkan kelab besar jika berhasrat mahu menjulang trofi.

Bayern, yang meletakkan sasaran untuk muncul juara Eropah buat kali ketujuh, akan berdepan City, pasukan bimbingan jurulatih Sepanyol, Pep Guardiola iaitu bekas pengendali kelab Bundesliga itu dari 2013-16.

"Kami menyaksikan undian bersama-sama dengan staf kejurulatihan dan saya rasa ia sangat mencabar namun saya fikir bagus jika anda mahu mengakhiri dengan kejuaraan.

"Tidak ada siapa yang akan berkata anda bertuah dengan undian berkenaan.

"Sekiranya ada kejuaraan Liga Juara-Juara pada penghujung musim ia akan menjadi kejayaan yang hebat," kata pengendali Bayern, Julian Nagelsmann.

Bayern, yang melepasi peringkat kumpulan membabitkan Inter Milan dan Barcelona, menyingkirkan Paris St Germain dengan kemenangan agregat 3-0 di aksi 16 terakhir.

Jika menang aksi suku akhir Bayern akan menentang sama ada Real Madrid atau Chelsea di separuh akhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2023 @ 9:35 PM