PEMAIN timbulkan kekecohan, Everton Liverpool didenda. FOTO Reuters
PEMAIN timbulkan kekecohan, Everton Liverpool didenda. FOTO Reuters
Reuters

London: Everton dan Liverpool didenda oleh Persatuan Bola Sepak (FA) kerana gagal mengawal pemain mereka sehingga menimbulkan kekecohan ketika perlawanan derby Merseyside awal bulan ini.

Everton dikenakan denda £40,000 (RM213,927) manakala Liverpool perlu membayar £25,000 (RM133,704) berikutan insiden itu yang berlaku pada minit ke-86 ketika Liverpool menang 2-0 di Anfield.

Penjaga gol Everton, Jordan Pickford dan pertahanan Liverpool, Andy Robertson, kedua-duanya dilayangkan kad kuning selepas kekecohan itu sebelum insiden semakin memuncak membabitkan beberapa pemain dan pemain gantian daripada kedua-dua pasukan.

"Kedua-dua kelab mengakui kegagalan mereka untuk mengawal pemain dan pemain simpanan sehingga menimbulkan kekecohan dalam perlawanan itu," kata FA dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Februari 2023 @ 12:26 PM