DIGNE tertampan bola ke gawang sendiri. FOTO Reuters
DIGNE tertampan bola ke gawang sendiri. FOTO Reuters
Reuters

Birmingham, England: Penyerang Aston Villa, Danny Ings dan pemain gantian Emiliano Buendia memastikan kemenangan 2-1 ke atas Everton sekali gus membolehkan tuan rumah meraih tiga mata mata pertama pada musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) di Villa Park sebentar tadi.

Selepas tewas 0-2 di Bournemouth pada aksi pembukaan hujung minggu lalu, pengurus Villa, Steven Gerrard menurunkan semula pertahanan tengah Tyrone Mings dan skuadnya berjaya bangkit menewaskan Everton kendalian bekas rakan sepasukan Gerrard dalam pasukan England, Frank Lampard.

Ings meletakkan tuan rumah di depan minit ke-31 hasil gerakan menarik dari sebelah kanan oleh Ollie Watkins yang membolehkan Ings meledak rembatan melepasi jangkauan Jordan Pickford.

Everton yang tewas 0-1 di tempat sendiri kepada Chelsea hujung minggu lalu sukar mencipta peluang dan tampanan mudah Buendia minit ke-86 mengesahkan kemenangan Villa namun gawang mereka dibolosi dua minit selepas itu hasil jaringan sendiri Lucas Digne.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Ogos 2022 @ 10:11 PM