MOUNT kini buruan Liverpool. FOTO Reuters
MOUNT kini buruan Liverpool. FOTO Reuters
Agensi

London: Liverpool sedang berusaha keras untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Mason Mount ketika perbincangan lanjutan kontraknya masih dalam perbincangan.

Masa depan Mount di Stamford Bridge menjadi persoalan kerana wujud jurang yang ketara antara pemain itu dan kelab dalam rundingan berkenaan.

Pemain antarabangsa England itu dipercayai mahu menaikkan gajinya sebanyak £80,000 seminggu (RM4.2 juta) yang akan meletakkannya sebaris dengan pemain senior lain dan pemain baru.

Liverpool boleh mengambil kesempatan daripada situasi itu dengan The Reds menunjukkan minat untuk mengikat pemain berusia 24 tahun itu.

Skuad kendalian Jurgen Klopp dijangka mengukuhkan bahagian tengah mereka pada musim panas.

Pengendali Chelsea, Graham Potter mengakui rundingan itu menjadi rumit tetapi menyatakan harapan keadaan ia dapat diselesaikan dengan cepat.

"Ia sentiasa rumit, sentiasa ada rundingan," kata Potter.

"Sebaik-baiknya saya membiarkan antara Mason dan kelab berbincang."

"Ia adalah cara terbaik untuk menanganinya. Bagi saya, dia hebat dalam memberi kerjasama.

"Dia sangat penting untuk kami. Saya harap ia dapat diselesaikan dengan cepat."

Mount kini sudahpun beraksi 190 kali untuk Chelsea meninggalkan akademi kelab itu dan sudahpun menjaringkan 33 gol.

Dia adalah sebahagian daripada pasukan Chelsea yang memenangi Liga Juara-Juara pada 2021 dan telah bermain untuk England dalam dua kejohanan besar.

Mount dinamakan sebagai pemain terbaik kelab itu dalam dua musim terakhir.

Pemain tengah itu memulakan aksi dalam 19 dari 22 perlawanan Liga Perdana Chelsea pada kempen musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Februari 2023 @ 10:31 AM