SEPAKAN percuma Mount nyaris menerjah gawang Croatia. FOTO AFP
SEPAKAN percuma Mount nyaris menerjah gawang Croatia. FOTO AFP
Agensi

London: Frank Lampard secara berseloroh berkata dia orang yang bertanggungjawab menggilap reputasi Mason Mount selepas pemain muda itu tampil cemerlang membantu England menewaskan Croatia 1-0 semalam.

Lampard menjadi jurulatih Mount ketika pemain tengah Chelsea berusia 22 tahun itu dipinjamkan ke Derby pada musim 2018/19 dan di Stamford Bridge ketika mengendalikan tugas antara Julai 2019 sehingga Januari tahun ini.

Mount yang mengikut jejak legenda Chelsea itu dengan beraksi di bahagian tengah berjaya memikat hati penonton ketika England membuka kempen Euro 2020 dengan kemenangan ke atas Croatia di Stadium Wembley.

LAMPARD gagal sebagai pengurus Everton.
LAMPARD gagal sebagai pengurus Everton.

Ketika ditanya rakan pengulas BBC, Rio Ferdinand sama ada bakat Mount lahir semula jadi atau menerusi didikan, Lampard dengan berjenaka berkata: ''Saya yang ajar dia! Ketika dia sampai di Derby, dia tak boleh buat apapun!"

Bercakap dengan nada lebih serius, Lampard berkata: ''Dia pemain yang bijak, dia tahu membuat larian yang tepat. Dia akan berlari sepanjang perlawanan dan memberikan apa sahaja.

"Itu sebabnya apabila anda mahu perkuatkan bahagian tengah, Mount adalah jawapannya. Dia pemain terbaik dari segi hantaran dan lompatan untuk memenangi bola.''

Mount ketika ditanya wartawan mengenai komen bekas jurulatihnya, dia membalas: ''Saya sangat berterima kasih kepadanya.

Lampard kemudiannya memuji lagi Mount dengan berkata: ''Itu antara sebab mengapa kami sayang Mason, dia bekerja keras sepanjang perlawanan selain merendah diri.''

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 Jun 2021 @ 12:33 PM