Lampard yakin skuadnya akan menang. FOTO REUTERS
Lampard yakin skuadnya akan menang. FOTO REUTERS
Agensi

FRANK Lampard menegaskan skuad mudanya mampu memenangi UEFA Super Cup menjelang pertembungan menentang Liverpool di Vodafone Park, Istanbul, awal pagi esok.

Lampard yang dikritik oleh Jose Mourinho kerana memilih pemain seperti Tammy Abraham, Mason Mount dan Andreas Christensen ketika tewas 4-0 di Manchester United mendakwa mereka mampu menyahut cabaran.

Bos Chelsea itu berkata: “Berhubung pemilihan pemain kurang berpengalaman atau pasukan cetek pengalaman, saya benar-benar memilih pasukan terbaik yang saya lihat mampu memenangi perlawanan tanpa mengambil kira umur.

“Saya rasa penting untuk memiliki pasukan kompetitif.

“Ya, jika pemain muda dapat membuktikan diri mereka pada sesi latihan, mereka berhak mendapat peluang.

Mount berhak mendapat berdasarkan merit berbanding usia, saya tidak bimbang menurunkan pemain muda.

"Ia sangat penting untuk kelab seperti Chelsea berbuat seperti itu. Bagaimanapun mereka perlu mendapatkan peluang mereka.”

Percubaan Abraham dipilih berbanding Olivier Giroud, mengenai tiang pada awal perlawanan di Old Trafford.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Ogos 2019 @ 10:47 PM