ROONEY (tengah) menjadi pilihan pemilik Everton. FOTO FB Wayne Rooney
ROONEY (tengah) menjadi pilihan pemilik Everton. FOTO FB Wayne Rooney
Agensi

London: Wayne Rooney mungkin mendapat peluang kedua untuk menjadi pengurus Everton ketika kedudukan Frank Lampard semakin terancam.

Bekas wira Goodison itu antara pengganti berpotensi yang menjadi pilihan pemilik pasukan Farhad Moshiri bagi menggantikan Lampard selepas kekalahan memalukan 1-4 kepada Brighton di tempat sendiri semalam.

The Toffees kini menduduki zon penyingkiran di tangga ke-18 dengan hanya mengutip 15 mata.

Rooney beraksi bersama Everton dua kali ketika karier cemerlangnya dan bakal mendapat persaingan daripada bekas pengurus Belgium, Roberto Martinez.

Sean Dyche yang dipecat Burnley sembilan bulan lalu dan pengendali Celtic, Ange Postecoglu antara calon yang turut berpeluang menggantikan Lampard.

Namun Rooney yang juga ketua jurulatih DC United adalah personaliti yang Moshiri dan pengerusi Bill Kenwright yakin mampu melonjakkan semula prestasi Everton.

Dia difaham mengadakan rundingan dengan Kenwright 12 bulan lalu ketika masih dalam usaha mengelakkan Derby tersingkir ke Liga Satu.

Lampard berjuang untuk menyelamatkan tugasnya selepas penyokong Toffees mengadakan bantahan besar-besaran selepas tewas kepada Brighton.

Dia dijangka terus mengendalikan pasukan pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Manchester United pada Jumaat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2023 @ 10:33 AM