DYCHE dipecat Burnley April lalu. FOTO AFP
DYCHE dipecat Burnley April lalu. FOTO AFP
AFP

London: Everton yang bergelut dalam saingan Liga Perdana bersedia untuk melantik pengurus Burnley, Sean Dyche bagi menggantikan Frank Lampard yang dipecat.

Dyche menjadi calon pilihan untuk jawatan itu selepas Marcelo Bielsa dilaporkan menolak tawaran untuk mengambil alih tugas di Goodison Park.

Bielsa ke London untuk berbincang dengan pemilik Everton tetapi laporan menunjukkan bekas bos Leeds tidak percaya skuad yang ditinggalkan Lampard mampu untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan tempo yang tinggi.

Dyche dipecat Burnley bulan April lalu sebelum penyingkiran kelab itu dari saingan Liga Perdana boleh dilantik dalam tempoh 24 jam akan datang.

Pemilik Everton, Farhad Moshiri dipercayai mahukan pengurus baharu hujung minggu ini dengan perlawanan seterusnya pada 4 Februari menentang pendahulu Liga Perdana, Arsenal di Goodison.

Jika Dyche dilantik, dia akan mengendalikan kelab yang sedang bergolak di tengah-tengah bantahan peminat terhadap Moshiri, yang membuat pelantikan pengurusan ketujuh sejak membeli Everton pada 2016.

Berada di tangga kedua terbawah Liga Perdana, Everton bergelut untuk mengelak daripada bermain di divisyen kedua bola sepak Inggeris buat kali pertama sejak 1954.

Lampard dipecat pada Isnin selepas tidak sampai setahun mengendalikan pasukan itu dengan kekalahan terbaru kepada West Ham hujung minggu lalu membuktikan dia bermasalah mengendalikan kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2023 @ 8:56 PM