Aksi penjaga gol Manchester United dari Sepanyol, David de Gea ketika saingan Liga Perdana. FOTO AFP.
Aksi penjaga gol Manchester United dari Sepanyol, David de Gea ketika saingan Liga Perdana. FOTO AFP.
Agensi

Madrid: Penjaga gol Manchester United, David de Gea tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan Sepanyol ketika penjaga gol Brentford, David Raya menjadi kejutan apabila dipilih jurulatih, Luis Enrique.

De Gea tidak beraksi untuk Sepanyol sejak Oktober 2020 tetapi dia berada dalam skuad sebelumnya pada November dan beraksi cemerlang untuk United musim ini.

Luis Enrique nampaknya lebih berminat dengan ketangkasan yang dipamerkan Raya dalam aksi Liga Perdana.

Sepanyol akan bermain dalam dua aksi persahabatan pada rehat antarabangsa nanti menentang Albania pada 26 Mac dan Iceland pada 29 Mac ini.

Senarai skuad Sepanyol:

Penjaga Gol: Unai Simon (Athletic Bilbao), Robert Sanchez (Brighton), David Raya (Brentford).

Pertahanan: Marcos Alonso (Chelsea), Jordi Alba (Barcelona), Eric Garcia (Barcelona), Aymeric Laporte (Manchester City), Pau Torres (Villarreal), Diego Llorente (Leeds), Cesar Azpilicueta (Chelsea), Dani Carvajal (Real Madrid).

Tengah: Rodrigo Hernandez (Manchester City), Koke (Atletico Madrid), Marcos Llorente (Atletico Madrid), Pedri (Barcelona), Gavi (Barcelona), Carlos Soler (Valencia)

Penyerang: Dani Olmo (Leipzig), Pablo Sarabia (Sporting Lisbon), Alvaro Morata (Juventus), Raul de Tomas (Espanyol), Ferran Torres (Barcelona), Yeremy Pino (Villarreal).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2022 @ 10:24 PM