OYARBAZAL  (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas meledak gol kelima Sepanyol. FOTO AFP
OYARBAZAL (kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan selepas meledak gol kelima Sepanyol. FOTO AFP
Agensi

Copenhagen: Sergio Busquets percaya Sepanyol semakin kuat di Euro 2020 selepas La Roja menewaskan Croatia 5-3 untuk mara ke suku akhir awal pagi tadi.

Skuad Luis Enrique menang kali pertama di peringkat kalah mati kejohanan utama sejak menjuarai Euro 2012 sembilan tahun lalu dalam pertarungan sengit di Stadium Parken.

Jaringan Pablo Sarabia, Cesar Azpilicueta dan Ferran Torres membolehkan Sepanyol mendahului 3-1 selepas mereka ketinggalan menerusi jaringan sendiri Pedri.

Tetapi pemain gantian Croatia Mislav Orsic meledak satu gol dan membantu jaringan Mario Pasalic dalam tempoh tujuh minit untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Ia kali kedua Sepanyol melepaskan tiga gol dalam sejarah Euro tetapi mereka mengesahkan kemenangan hasil jaringan Alvaro Morata dan Mikel Oyarzabal dengan kedua-duanya menerusi bantuan Dani Olmo.

KPDN menumpaskan penyelewengan gas petroleum cecair di Mantin, Negeri Sembilan, kelmarin. FOTO Ihsan KPDN
KPDN menumpaskan penyelewengan gas petroleum cecair di Mantin, Negeri Sembilan, kelmarin. FOTO Ihsan KPDN

Kapten Sepanyol Busquets bangga dengan tindak balas mereka selepas ketinggalan satu gol apabila hantaran ke belakang Pedri gagal dijangka penjaga gol, Unai Simon.

"Unai tahu dia mendapat keyakinan penuh daripada kami. Mentalnya tetap kuat dan bersemangat. Dia menunjukkannya kepada kami hari ini," kata Busquets yang dipilih pemain terbaik perlawanan.

"Dia menebusnya dengan banyak menyelamatkan percubaan bahaya. Kami berjaya bangkit dan ia kemenangan hebat dan memberikan kami perasaan yang bagus. Kami tahu cara bertindak balas dan apa yang diperlukan.

"Kami adalah lawan yang sukar ditewaskan dan semakin kuat dari satu perlawanan ke satu perlawanan.''

Sepanyol pasukan pertama di Kejohanan Eropah yang meledak lima atau lebih gol dalam dua aksi berturut-turut dengan lima pemain berbeza menjaringkan gol dalam satu perlawanan di kejohanan utama buat kali pertama.

Bagaimanapun, Busquets mengakui masih ada ruang untuk diperbaiki selepas mereka membenarkan Croatia kembali menyamakan kedudukan ketika permainan berbaki lima minit.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Jun 2021 @ 6:56 AM