GIROUD ketika sesi pemanas badan sebelum aksi separuh akhir menentang Maghribi. FOTO AFP
GIROUD ketika sesi pemanas badan sebelum aksi separuh akhir menentang Maghribi. FOTO AFP
AFP

Al Khor: Perancis membuat dua perubahan pada kesebelasan utama mereka untuk separuh akhir Piala Dunia menentang Maghribi sebentar nanti, dengan Adrien Rabiot dan Dayot Upamecano kedua-duanya diketepikan kerana masalah kesihatan.

Youssouf Fofana diletakkan di bahagian tengah menggantikan Rabiot, yang beraksi dalam semua lima perlawanan Perancis setakat ini tetapi tidak disenaraikan antara barisan simpanan untuk perlawanan di Stadium Al Bayt di Al Khor.

Ibrahima Konate pemain Liverpool mengambil tempat Upamecano untuk bergandingan bersama Raphael Varane di pertahanan tengah, namun pemain Bayern Munich itu sekurang-kurangnya disenaraikan di bangku simpanan.

Ia adalah penampilan ketujuh untuk pemain tengah Monaco, Fofana, dan keenam buat Konate, ketika Perancis memburu tempat di final menentang Argentina.

Selebihnya kesebelasan utama jurulatih Didier Deschamps adalah sama seperti menentang England pada suku akhir, apabila mereka menang 2-1 hasil jaringan lewat Olivier Giroud.

Maghribi adalah pasukan Afrika dan Arab pertama yang mara ke separuh akhir Piala Dunia.

Pemain pertahanan Nayef Aguerd dan Noussair Mazraoui kembali daripada masalah kecederaan yang menyebabkan mereka diketepikan ketika kemenangan 1-0 ke atas Portugal pada suku akhir.

Jurulatih Maghribi, Walid Regragui memilih membariskan tiga pertahanan tengah, dengan dengan kapten Romain Saiss cergas untuk bermain selepas mengalami kecederaan menentang Portugal.

Pemain tengah Selim Amallah turun ke bangku simpanan, bersama-sama dengan Yahya Attiat-Allah.

Barisan kesebelasan utama:

Perancis (4-3-3)

Hugo Lloris (kapten); Jules Kounde, Raphael Varane, Ibrahima Konate, Theo Hernandez; Antoine Griezmann, Aurelien Tchouameni, Youssouf Fofana; Ousmane Dembele, Olivier Giroud, Kylian Mbappe

Jurulatih: Didier Deschamps

Maghribi (3-4-3)

Yassine Bounou; Jawad El Yamiq, Romain Saiss (kapten), Nayef Aguerd; Achraf Hakimi, Sofyan Amrabat, Azzedine Ounahi, Noussair Mazraoui; Hakim Ziyech, Youssef En-Nesyri, Sofiane Boufal

Jurulatih: Walid Regragui

Pengadil: Cesar Ramos (Mexico)

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Disember 2022 @ 2:21 AM