FULLER (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AP
FULLER (kiri) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AP
AFP

Al Rayyan, Qatar: Costa Rica mengejutkan Jepun dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan lewat di Piala Dunia sebentar tadi sekali gus membuka persaingan dalam Kumpulan E.

Jepun yang menewaskan juara empat kali Jerman 2-1 dalam aksi pembukaan di Qatar boleh mengesahkan tempat ke peringkat 16 terakhir jika menang.

Sebaliknya mereka bergelut ketika menentang Costa Rica yang dibelasah 0-7 oleh Sepanyol dan mendapat gol kemenangan menerusi rembatan pertahanan Keysher Fuller minit ke-81.

Ia percubaan tepat pertama Costa Rica di Piala Dunia dan kemenangan itu pastinya melegakan Jerman.

Keputusan itu menyaksikan Sepanyol, Jepun dan Costa Rica berkongsi tiga mata. Sepanyol dan Jerman akan bertemu dalam satu lagi aksi penting awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2022 @ 8:25 PM