PEMAIN Jepun meninjau padang di Stadium Khalifa International, Doha menjelang aksi menentang Jerman. FOTO AFP
PEMAIN Jepun meninjau padang di Stadium Khalifa International, Doha menjelang aksi menentang Jerman. FOTO AFP
Reuters

Al Rayyan, Qatar: Jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu menyedari 'hutang bola sepak negaranya' dengan Jerman, tetapi menyatakan pasukannya bersedia menentang juara Piala Dunia empat kali itu, malam esok.

Legenda Jerman, Dettmar Cramer yang dikenali sebagai bapa bola sepak moden Jepun ketika bekerja di negara itu pada 1960-an dan pemain seperti Lukas Podolski dan Pierre Litbasrki turut bermain di Jepun selepas itu.

"Kami berterima kasih kepada rakyat Jerman, mereka adalah 'role model' bagi kjami," kata Moriyasu pada sidang media, hari ini.

"Sudah tentu, kami masih membangun dan pada masa sama, menggabungkan kualiti hebat dari Jepun dalam gaya permainan kami.

"Jadi, perasaan kami bercampur baur menentang Jerman, tetapi tidak kira siapa lawan, kami akan mempamerkan prestasi sebaik mungkin."

Pertukaran pemain antara Jepun dan Jerman semakin ketara kebelakangan ini dan kapten Jepun, Maya Yoshida adalah seorang daripada tujuh pemain Samurai Biru yang beraksi di Bundesliga.

"Pemain di Bundesliga berkongsi maklumat dengan rakan lain dalam skuad," kata pemain pertahanan Schalke 04 itu.

"Perkara terpenting adalah bertahan sebaik mungkin. Kami mungkin tiada banyak peluang menyerang, tetapi sepatutnya mencipta peluang menerusi serangan balas pantas. Kami percaya, pasti ada peluang."

Kumpulan E turut membabitkan bekas juara, Sepanyol dan Costa Rica, sekali gus menyaksikan peringkat kumpulan paling mencabar perlu diharungi Jepun dalam tujuh penampilan berturut-turut di Piala Dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 November 2022 @ 9:55 PM