Aksi pemain Arab Saudi, Salem Al-Dawsari ketika menjaringkan gol berdepan Argentina. FOTO AP
Aksi pemain Arab Saudi, Salem Al-Dawsari ketika menjaringkan gol berdepan Argentina. FOTO AP
AFP

Doha: Arab Saudi menamakan Salem Al-Dawsari, pemain yang menjaringkan gol kemenangan mengejut ke atas Argentina pada aksi pembukaan mereka di Piala Dunia sebagai kapten pasukan bagi perlawanan kedua berdepan Poland.

Poland sekali lagi diketuai Robert Lewandowski juga penyerang Barcelona yang masih memburu gol pertamanya di Piala Dunia dalam kariernya selepas gagal menyempurnakan penalti ketika pasukannya seri 0-0 menentang Mexico.

Salman Al-Faraj yang kebiasaannya bertindak sebagai kapten Arab Saudi tidak berada dalam senarai permulaan pasukan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan pembukaan.

Sementara itu, Argentina akan berdepan Mexico pada satu lagi saingan Kumpulan C, awal pagi nanti.

Senarai kesebelasan utama:

Poland (4-4-2)

Wojciech Szczesny; Kamil Glik, Jakub Kiwior, Matty Cash, Bartosz Bereszynski; Grzegorz Krychowiak, Piotr Zielinski, Przemyslaw Frankowski, Krystian Bielik; Arkadiusz Milik, Robert Lewandowski (k)

Jurulatih: Czeslaw Michniewicz (POL)

Arab Saudi (4-1-4-1)

Mohammed Al-Owais; Abdulelah Al-Amri, Ali Al-Bulayhi, Mohammed Al-Burayk, Saud Abdulhamid; Abdulelah Al-Malki; Sami Al-Naji, Mohamed Kanno, Feras Al-Brikan, Salem Al-Dawsari (k); Saleh Al-Shehri

Jurulatih: Herve Renard (FRA)

Pengadil: Wilton Sampaio (BRA)

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2022 @ 8:54 PM