Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris (kiri) dan penyerang Olivier Giroud (tengah) menjalani latihan menjelang aksi pembukaan peringkat kumpulan Piala Dunia. FOTO AFP
Penjaga gol Perancis, Hugo Lloris (kiri) dan penyerang Olivier Giroud (tengah) menjalani latihan menjelang aksi pembukaan peringkat kumpulan Piala Dunia. FOTO AFP
Reuters

Doha: Tiada yang mengganggu Perancis bagi perlawanan pembukaan Piala Dunia mereka menentang Australia tanpa Karim Benzema dan kontroversi mengenai lilitan pelangi di Qatar kata kapten mereka, Hugo Lloris.

Juara bertahan itu memulakan kempen dalam Kumpulan D pada awal pagi Rabu, mengintai peluang menewaskan skuad Socceroos sama seperti yang dilakukan pada perlawanan awal ketika kempen 2018 di Russia.

Mereka berdepan beberapa siri kecederaan membabitkan pemain tonggak tengah Ngolo Kante dan Paul Pogba, dengan terbaru membabitkan pemenang Ballon d'Or, Benzema.

Penyerang itu kelihatan meninggalkan pasukan beberapa jam lebih awal pada sesi latihan selepas terpaksa menarik diri kerana kecederaan peha dan ia turut membabitkan pemain pertahanan, Presnel Kimpembe.

"Kami percaya dengan peluang kami, pada keseluruhan pasukan kami. Ketiadaan pada saat akhir, terutama membabitkan Karim, tidak mengubah apa-apa.

"Saya fikir pasukan akan tetap meneruskan misi dalam perlawanan ini." kata Lloris.

Beberapa pasukan antaranya - England, Wales, Belgium, Belanda, Switzerland, Jerman dan Denmark - mempunyai perancangan untuk memakai lilitan pelangi pada aksi mereka.

Dalam kenyataan bersama beberapa jam sebelum perlawanan pertama England menentang Iran.

Menurut undang-undang FIFA, pasukan yang bertanding tidak harus terbabit dengan isu politik, agama dan slogan peribadi, kenyataan atau gambar ketika pusingan akhir FIFA sebaliknya kapten setiap pasukan harus memakai lilitan lengan yang disediakan FIFA.

Perancis tidak mempunyai sebarang masalah dan jelas mengambil pendekatan untuk bebas daripada kontroversi.

"FIFA menganjurkan kejohanan dan meletakkan syarat tertentu. Kami sebagai pemain hadir ke sini untuk bermain bola sepak dan mewakili negara kami dalam acara sukan," kata Lloris.

"Oleh itu, perlawanan pertama adalah sentiasa yang sangat penting dan sebagai juara bertahan, jangkaan sangat tinggi buat kami."

Juara bertahan itu mara ke Piala Dunia pada penghujung saingan peringkat kumpulan dalam empat daripada lima edisi terakhir kejohanan.

Jurulatih Didier Deschamps perlu melakukan rombakan di barisan serangan dengan ketiadaan Benzema, ketika penyerang veteran Olivier Giroud hampir pasti memulakan perlawanan sebagai penyerang tunggal.

Pemain berusia 36 tahun berkenaan gagal menyerlah seperti Kylian Mbappe atau Benzema, namun dia membuktikan antara pemain yang boleh diharapkan pasukan dan hampir menyamai rekod jaringan sepanjang zaman Thierry Henry iaitu 51 gol bersama skuad Les Bleus.

"Sejak akhir ini dia menjadi pujaan. Perancis sangat berbesar hati, Saya bangga dan begitu juga Olivier," kata Deschamps mengenai penyerang AC Milan itu.

Di barisan pertahanan, Deschamps akan mempertaruhkan pertahanan tengah Raphael Varane, yang dimaklumkan sebelum ini mengalami kecederaan hamstring sekali gus menghalangnya menjalani latihan bersama pasukan minggu lalu.

"Dia bertambah baik dan boleh beraksi bagi perlawanan nanti," kata Deschamps.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2022 @ 8:34 PM