Paris: Penyerang Real Madrid, Karim Benzema yang disiasat atas tuduhan memeras ugut, tidak seharusnya dipanggil untuk menyertai skuad bola sepak Perancis, kata Perdana Menteri Manuel Valls, semalam.

“Sekiranya seorang menteri berdepan siasatan rasmi dia tidak akan berada dalam kerajaan.

“Keadaan yang sama sepatutnya berlaku dalam skuad kebangsaan,” katanya kepada radio Europe 1.

Benzema disiasat pada bulan lalu kerana dikaitkan dengan cubaan memeras ugut penyerang Olympique Lyonnais, Valbuena menggunakan satu video seks.

Kedua-dua pemain digugurkan oleh jurulatih Perancis, Didier Deschamps dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman dan England bulan lalu.

Benzema dilarang berhubung dengan sesiapa yang dikaitkan dalam siasatan itu. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 6:48 AM