Deschamps ketepikan Valbuena - Benzema (kiri) disiasat polis berhubung ugutan kes pita seks. - AFP/Reuters
Deschamps ketepikan Valbuena - Benzema (kiri) disiasat polis berhubung ugutan kes pita seks. - AFP/Reuters

Paris: Jurulatih Perancis Didier Deschamps mengenepikan pemain sayap Mathieu Valbuena untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Jerman dan England berikutan siasatan polis membabitkan rakan sepasukan antarabangsa, Karim Benzema.

Benzema didakwa atas konspirasi mengugut dan terbabit dalam kumpulan jenayah - sebahagian siasatan berhubung pita seks membabitkan Valbuena — pemain utama dalam skuad Deschamps.

Benzema turut diletakkan di bawah pemerhatian perundangan - bermakna dia tidak dapat bertemu dengan mangsa atau orang didakwa dalam kes itu.

Perancis akan menentang Jerman Jumaat depan dan England di Wembley pada 17 November. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 11:17 PM