NEWCASTLE buktikan mereka sukar untuk dikalahkan. FOTO AP
NEWCASTLE buktikan mereka sukar untuk dikalahkan. FOTO AP
Reuters

London: Ketika transformasi sedang berjalan, Newcastle United di bawah kendalian Eddie Howe berdepan masalah kekalahan.

Selepas 12 perlawanan musim lalu, sejurus Howe menggantikan Steve Bruce, Newcastle berada di tangga terbawah dengan enam mata dengan satu-satunya sasaran ialah terus kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sekarang mereka berhak meraih kemenangan 2-1 ke atas Tottenham yang dicatatkan pagi tadi, di mana mereka tumpas 1-5 musim lalu, sekali gus menyaksikan mereka di tangga keempat dengan 21 mata daripada 12 perlawanan dan hanya tumpas sekali.

Kehadiran pemilik dari Arab Saudi membantu mereka mendapatkan pemain berkualiti seperti Keiran Trippier, Nick Pope, Sven Botman dan Bruno Guimaraes.

Metodologi Howe memang tidak boleh dipandang mudah.

Beliau berjaya menjadikan Newcastle sebagai salah satu pasukan yang sukar untuk dibolosi di EPL dengan hanya melepaskan 10 gol pada 12 penampilan.

Mereka juga bukan sahaja bagus dari segi bertahan namun tetapi juga etika kerja dari atas hingga ke bawah untuk seluruh pasukan.

Masalah terbesar Howe kini mungkin menguruskan jangkaan kerana Newcastle menduduki empat teratas buat kali pertama dalam sedekad.

Bekas pengurus Bournemouth itu tetap merendah diri tetapi kemenangan ke atas Tottenham yang berada di tempat ketiga adalah satu kenyataan besar bahawa Newcastle boleh mencabar untuk penamat enam teratas dan juga memburu tempat Liga Juara-Juara.

Walaupun Harry Kane berjaya merapatkan jurang selepas separuh masa kedua namun gol Callum Wilson dan Miguel Almiron sebelum itu sudah cukup untuk membuatkan Newcastle berada dalam keadaan sempurna dan selesa sehingga tamat perlawanan.

"Ia adalah detik penting dalam perlawanan buat saya.

"Suasana berubah dan Tottenham sudah berjaya bangkit tetapi saya menyukai tindak balas pasukan.

"Kami bukan sahaja bertahan dan mencari perlindungan, kami tetap terbabit dalam permainan secara menyerang," kata Howe.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Oktober 2022 @ 11:41 AM