DE LIGT hampiri Bayern. -FOTO Reuters
DE LIGT hampiri Bayern. -FOTO Reuters
Agensi

Berlin: Bayern Munich bersetuju dengan bayaran sebanyak 70 juta euro (RM314.31 juta) untuk menandatangani pemain pertahanan tengah Belanda, Matthijs de Ligt dari Juventus menurut laporan media Jerman.

Bild dan Sport1 mendakwa bayaran untuk pemain berusia 22 tahun itu akan diikuti dengan tambahan 10 juta euro (RM44.90) dalam bentuk bonus.

Bayern akan menggunakan hasil perpindahan penyerang Poland, Robert Lewandowski ke Barcelona, dianggarkan lebih 45 juta euro (RM202.09 juta) untuk membantu membiayai perpindahan itu.

"Memang benar kami sudah mengadakan perbincangan. De Ligt adalah pemain yang sangat, sangat menarik," kata pengarah eksekutif Bayern Olivier Kahn kepada Bild.

Dengan Lewandowski akan diumumkan sebagai rasmi sebagai pemain Barcelona esok, juara Bundesliga Bayern bersedia untuk mengumumkan ketibaan De Ligt.

Laporan mula dilaporkan secara meluas oleh media di Jerman mengenai perpindahan yang sudah dipersetujui sepenuhnya antara kelab dengan pemain berusia 22 tahun itu akan menandatangani kontrak lima tahun.

Kahn berkata: "Kami mengadakan perbincangan dan pemain itu mahu datang ke FC Bayern. Kami akan mengadakan lebih banyak perbincangan dan kemudian melihat bagaimana keadaannya."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Julai 2022 @ 8:00 AM