Pemain sayap Manchester City, Leroy Sane. FOTO AFP
Pemain sayap Manchester City, Leroy Sane. FOTO AFP
AFP

BAYERN Munich dilaporkan bersetuju untuk menandatangani pemain sayap Leroy Sane dari Manchester City, menurut beberapa laporan media di Jerman dan England, pagi ini.

Pemain berusia 24 tahun itu dilaporkan hampir ke Bayern tahun lalu sebelum mengalami kecederaan lutut.

Sky Sports dan BBC berkata kedua-dua kelab bersetuju dengan yuran sejumlah £54.8 juta (RM290.54 juta) manakala akhbar Jerman, Bild melaporkan yuran sekurang-kurangnya 50 juta Euro (RM240.47 juta).

Bild berkata Sane akan menandatangani kontrak lima tahun bersama juara Jerman itu dengan yuran perpindahan kurang daripada 100 juta Euro (RM480.95 juta) dilaporkan tahun lalu.

Kontrak Sane di Manchester City akan tamat pada Jun 2021.

Akhbar sukan Kicker berkata perjanjian berkenaan semakin 'hampir.'

Pemain antarabangsa Jerman itu melakukan penampilan pertama Liga Perdana pada musim ini sebagai pemain gantian berdepan Burnley minggu lalu.

Namun pengurus City, Pep Guardiola mengakui awal bulan ini bahawa Sane tampak akan berhijrah selepas menolak kontrak baharu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Julai 2020 @ 9:09 AM