BENDERA parti dipasang di simpang masuk Taman Seri Batang Kali sempena PRK Kuala Kubu Baharu. FOTO Saifullizan Tamadi
BENDERA parti dipasang di simpang masuk Taman Seri Batang Kali sempena PRK Kuala Kubu Baharu. FOTO Saifullizan Tamadi
Aizat Sharif

Kangar: Peluang Perikatan Nasional untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) dilihat lebih cerah sekiranya pengundi Melayu di kawasan itu keluar mengundi pada 11 Mei hadapan.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, berdasarkan semakan pengundian bangsa Cina pada Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini,ia agak rendah.

"Pengundi Cina tentulah akan keluar tetapi saya lihat peratusan pengundi Cina untuk kawasan itu sebelum ini agak rendah.

"Pengundian dalam kalangan orang Cina yang paling tinggi pun di Kulai lebih 50 peratus uang lainnya semua bawah 50 peratus," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka PAS Pusat di sini, hari ini.

KANGAR 27 APRIL 2024 Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim (empat kanan) bersama Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang (dua kanan), Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (kiri) dan Menteri Besar Perlis merangkap Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli merasmikan Tabung Sumbangan Projek Pembinaan Kompleks PAS Pusat semasa sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Dewan 2020, Kangar.STR/AIZAT SHARIF

Pada PRK Kuala Kubu Bharu ini, calon PN, Khairul Azhari Saut dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menghadapi pertentangan daripada Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 April 2024 @ 6:35 PM