CRISTIANO Ronaldo. -FOTO AFP
CRISTIANO Ronaldo. -FOTO AFP
Agensi

Munich: Bayern Munich menegaskan mereka tidak berminat untuk menandatangani Cristiano Ronaldo musim panas ini biarpun Robert Lewandowski meninggalkan kelab itu.

Bosnya, Julian Nagelsmann menolak laporan mengenai minat mereka terhadap bintang Manchester United ketika dalam perbualan bersama pakar bola sepak Jerman, Christian Falk.

Ditanya mengenai usaha mengejar Ronaldo, Nagelsmann dilaporkan berkata: "Saya juga membacanya tapi itu tidak benar.

Nagelsmann kini adalah kakitangan ketiga dalam kelab yang menafikan khabar angin itu selepas Ketua Pegawai Eksekutif Oliver Kahn dan Pengarah Sukan, Hasan Salihamidzic.

Khabar angin bertiup kencang mengenai minat juara Jerman itu terhadap pemain Portugal itu berikutan pengumuman penyerang itu yang mahu meninggalkan Old Trafford.

Bayern berada di ambang kehilangan penyerang bintang mereka Lewandowski selepas lapan tahun bersama gergasi Bundesliga.

Kedua-dua kelab sudah bersetuju dengan bayaran £42.5 juta (RM224.37 juta) untuk Lewandowski, 33 dan boleh meningkat sebanyak £5 juta (RM26.39 juta).

Lewandowski bersedia untuk menandatangani perjanjian tiga tahun sebelum berlepas untuk bersama perlawanan pra-musim ke Barcelona dan AS.

Dan pemain Poland itu dilihat memeluk Nagelsmann dan rakan sepasukan ketika dia mengucapkan selamat tinggal semalam.

Ronaldo juga turut dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Julai 2022 @ 12:31 PM