MANE (kanan) ketika menentang Burkina Faso.
MANE (kanan) ketika menentang Burkina Faso.
Agensi

Paris: Penyerang baharu Bayern Munich, Sadio Mane mendedahkan dia sedia memperjudikan nyawanya demi beraksi untuk Senegal malah sedia menandatangani 'kontrak mati' untuk itu.

Mane mengalami kecederaan di kepala dan mengalami konkusi ketika menentang Cape Verde pada aksi Piala Negara Afrika namun dia tetap mahu tampil di suku akhir.

Namun Liverpool mahu Mane direhatkan lima hari mengikut protokol perubatan dan pegawai Senegal turut mahu dia tidak beraksi perlawanan seterusnya.

Bagaimanapun, Mane tetap mahu bermain malah sedia menandatangani kontrak yang menyebut dia akan bertanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang insiden serius mahupun membabitkan kematian.

Walaupun tidak dipersetujui semua pihak, Mane tetap dengan pendiriannya.

"Saya tahu saya tidak sepatutnya beraksi tetapi saya kata 'bagi saya kontrak, ia akan menjadi tanggungjawab saya sendiri. Saya akan tandatanganinya," kata Mane.

"Jika saya mati, mereka boleh berkata ia silap saya. Bukan salah sesiapa."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2022 @ 10:32 PM