MANE (kanan) melangsungkan perkahwinan dengan isterinya, 7 Januari lalu. FOTO MAGVISION
MANE (kanan) melangsungkan perkahwinan dengan isterinya, 7 Januari lalu. FOTO MAGVISION
Agensi

Abidjan: Sadio Mane berkongsi kali pertama mengenai perkahwinannya dengan isteri, Aisha Tamba ketika bekas bintang Liverpool itu sedang melakukan persiapan rapi untuk saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON).

Sensasi Senegal itu melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya yang dilaporkan sudah lama dikenali dalam satu majlis pada 7 Januari di Keur Massar, sebuah kawasan di ibu kota Dakar.

Bekas penyerang Liverpool itu sedang bersiap sedia untuk saingan AFCON bersama pasukannya yang juga juga bertahan di Ivory Coast.

Mane mengakui menerima begitu banyak ucapan tahniah sekali gus membuatkannya sangat gembira menjelang aksi pertama AFCON.

"Sejujurnya, saya gembira dengan presiden juga mengucapkan tahniah kepada saya, bukan hanya rakan sepasukan saja.

"Semua orang telah mengucapkan tahniah kepada saya serta mendoakan kegembiraan saya dan berharap segalanya akan baik-baik saja," kata Mane.

Mane dan Senegal tiba di Ivory Coast untuk AFCON pada malam Selasa bagi memulakan persiapan mereka mengharungi pertandingan itu.

Senegal diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Cameroon, Gambia dan Guinea.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2024 @ 9:46 PM