BOTMAN ketika sesi latihan Lille.
BOTMAN ketika sesi latihan Lille.
AFP

London: Newcastle bersetuju secara prinsipnya menandatangani pertahanan Belanda, Sven Botman dari kelab Perancis, Lille.

Botman, 22, melengkapkan ujian perubatan di Newcastle awal pagi tadi dan dijangka mengikat kontrak lima tahun dengan yuran perpindahan dilaporkan £35 juta (RM187.56j).

Kelab Liga Perdana itu berkata mereka berjaya mengetepikan persaingan daripada beberapa kelab Eropah untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah berprofil tinggi dengan terma formaliti akan dimuktamadkan minggu ini".

Kedatangan Botman meneruskan proses rombakan Newcastle untuk musim baharu dengan penjaga gol England, Nick Pope ditandatangani dari Burnley minggu lalu.

Newcastle turut mendapatkan pertahanan Aston Villa, Matt Targett dengan perpindahan kekal selepas menyerlah sebagai pemain pinjaman pada separuh kedua musim lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Jun 2022 @ 7:44 AM