DE Gea masih belum dimiliki mana-mana kelab.
DE Gea masih belum dimiliki mana-mana kelab.
Agensi

London: Newcastle hari ini mengumumkan hasrat untuk mendapatkan bekas bintang Manchester United, David de Gea.

Toon sedang mencari penjaga gol selepas Nick Pope mengalami kecederaan bahu ketika menentang United dan mungkin tersisih sehingga akhir musim.

Newcastle dilaporkan mula menyenaraikan beberapa pemain menjelang jendela perpindahan Januari ini dengan Martin Dubravka mengambil alih tugas sehingga pengganti Pope ditemui.

Bekas penjaga gol United De Gea antara pemain disenarai pendek kelab, menurut laporan Daily Mail hari ini.

Penjaga gol Sepanyol berusia 33 tahun itu turut mencari kelab baharunya sejak meninggalkan Red Devils pada musim panas tetapi mahukan gaji lumayan.

Dia menerima £375,000 (RM2.06 juta) seminggu di Old Trafford tetapi dilaporkan sedia menerima pengurangan gaji untuk menyertai Newcastle.

De Gea dikaitkan dengan Real Betis dan kelab Arab Saudi Al-Ettifaq sejak meninggalkan Liga Perdana Inggeris. Malah dia dipercayai tidak berminat dengan tawaran gaji £500,000 (RM2.95 juta) seminggu oleh kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2023 @ 8:10 PM