PEMAIN sayap Bayer Leverkusen, Moussa Diaby. -FOTO Agensi
PEMAIN sayap Bayer Leverkusen, Moussa Diaby. -FOTO Agensi
Agensi

London: Newcastle dilaporkan bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan baharu mereka untuk menandatangani pemain sayap Bayer Leverkusen, Moussa Diaby.

The Magpies mengambil pendekatan berhati-hati untuk membelanjakan kekayaan yang dimiliki pasukan itu sejak diambil alih oleh Saudi.

Mereka bagaimanapun kecewa selepas tawaran £60 juta (RM317.41 juta) terhadap pemain sayap itu gagal namun menegaskan bahawa mereka tidak akan berputus asa untuk mendapatkannya.

Turut berada dalam radar Newcastle adalah pemain Everton, Anthony Gordon dan Callum Hudson-Odoi dari Chelsea.

Empat pemain baru sudahpun diikat pada jendela perpindahan Januari lalu dan pasukan Eddie Howe menambah Nick Pope, Matt Targett dan Sven Botman ke dalam skuad musim panas ini.

Pembelian Botman menelan kos sekitar £35 juta (RM185.24 juta) namun nilai berkenaan mungkin akan dikalahkan dengan pembelian Diaby.

Diaby, 22, dilaporkan mengenakan bayaran melebihi rekod kelab £40 juta (RM211.72 juta) yang dibayar kepada Hoffenheim untuk mendapatkan khidmat Joelinton pada 2019.

Penyerang yang menyarung jersi kebangsaan Perancis sebanyak lapan kali itu menikmati kejayaan gemilang musim lalu apabila meledakkan 17 gol dan membantu seb anyak 14 membantu dalam semua pertandingan untuk Leverkusen.

Pengarah Leverkusen, Simon Rolfes bagaimanapun menegaskan bahawa mereka tidak akan menjual Diaby.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Julai 2022 @ 9:12 AM