HOWE yakin masih mempunyai skuad terbaik walaupun Newcastle dilanda masalah kecederaan. FOTO Reuters
HOWE yakin masih mempunyai skuad terbaik walaupun Newcastle dilanda masalah kecederaan. FOTO Reuters
Reuters

Newcastle: Newcastle United dilanda beberapa masalah kecederaan musim ini tetapi pengurus Eddie Howe berkata mereka berada dalam keadaan baik untuk mengatasinya

Senarai kecederaan termasuk Sven Botman, Alexander Isak, Harvey Barnes, Jacob Murphy dan Dan Burn bersama dengan penggantungan jangka panjang ke atas Sandro Tonali dan Howe tidak pernah berdepan situasi seteruk ini.

"Pernahkah saya kehilangan sebanyak ini? Tidak ke tahap ini," katanya pada sidang media menjelang lawatan ke Bournemout

"Tetapi saya tidak mahu membinanya menjadi lebih daripada yang sedia ada. Kami masih cukup baik."

Perkara terakhir yang Newcastle perlukan daripada kekalahan 0-2 mereka di Liga Juara-Juara ketika berdepan Borussia Dortmund adalah mengenai status kecederaan penyerang, Callum Wilson.

"Dia mengalami kecederaan hamstring. Kami melakukan pelbagai ujian. Kita akan lihat bagaimana prestasinya sebelum membuat keputusan mengenainya untuk perlawanan (Bournemouth)."

Howe berkata, beliau juga memberi maklumat terkini mengenai beberapa pemain yang cedera dalam skuadnya, termasuk penyerang Alexander Isak yang terlepas empat perlawanan terakhir kerana kecederaan pangkal paha.​

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 November 2023 @ 8:08 PM