RONALDO dan Maguire perlu dijual. -FOTO Agensi
RONALDO dan Maguire perlu dijual. -FOTO Agensi
Agensi

London: Manchester United didesak untuk menjual 'pencetus masalah' Cristiano Ronaldo dan Harry Maguire jika Erik Ten Hag dilantik sebagai pengurus mereka seterusnya.

Ten Hag dianggap sebagai salah seorang calon mengambil alih tugas pengurus di Old Trafford apabila pengendali sementara Ralf Rangnick mengambil alih peranan sebagai perunding.

Pengendali Belanda itu mencetus keputusan mengagumkan sepanjang lima tahun mengendalikan Ajax, menarik minat banyak kelab terkemuka.

Namun terdapat beberapa kebimbangan dibangkitkan mengenai bagaimana Ten Hag akan mengendalikan kelab terbesar di Old Trafford.

Dia sudah biasa bekerja dengan pemain muda berbakat besar di Johan Cruyff Arena dan bukannya bintang besar yang dijangka dimiliki oleh United.

Di sebalik kebimbangan itu, Ten Hag masih menjadi salah satu pilihan untuk mengambil alih tugas itu untuk membina semula United dengan bekas pemain antarabangsa Belanda, Rene van der Gijp memberi tips kepada Red Devils.

Bekas pemain sayap itu percaya bahawa United harus menjual penjaring terbanyak Ronaldo dan kapten Maguire musim panas ini.

Van der Gijp berharap ia akan memberi Ten Hag peluang terbaik untuk membina semula United.

"Saya tidak menjangkakannya. Kelab seperti itu juga mahukan pemain terbaik, ia sudah tentu. Tapi dia tidak, Zidane, sebagai contoh, pasti akan berlaku.

"Dia hanya perlu menyingkirkan pengacau. Ronaldo, Pogba, Maguire.

"Ronaldo boleh bersama Zidane. Mereka berada pada tahap yang sama," kata Van der Gijp.

United mengikat semula Ronaldo musim panas lalu namun penyerang Portugal itu dikritik kerana prestasinya yang lemah sepanjang kempen ketika ini biarpun menjaringkan 18 gol dalam semua pertandingan.

Maguire pula mengharungi musim yang mengecewakan dengan kesesuaiannya sebagai kapten United menjadi persoalan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mac 2022 @ 11:42 AM