VIEIRA mempunyai pengalaman membimbing dua kelab sebelum ini. FOTO AFP
VIEIRA mempunyai pengalaman membimbing dua kelab sebelum ini. FOTO AFP
AFP

London: Crystal Palace mengumumkan bekas kapten Arsenal, Patrick Vieira sebagai pengurus baharu kelab itu bagi menggantikan Roy Hodgson.

Vieira yang memenangi kejuaraan Liga Perdana sebanyak tiga kali ketika bersama Gunners, mempunyai pengalaman membimbing New York City dan Nice.

Legenda Perancis itu yang turut memenangi Piala Dunia serta kejuaraan Eropah bersama skuad kebangsaan, mencipta nama di England selepas karier gemilang ketika di bawah bimbingan Arsene Wenger di Arsenal.

"Kelab Bolasepak Crystal Palace berbangga untuk mengesahkan pelantikan Patrick Vieira sebagai pengurus baharu untuk tiga musim selepas ini," kata Palace dalam satu kenyataan.

Palace mencari pengurus baharu sejak Hodgson mengumumkan untuk berundur pada hujung musim lalu apabila kontraknya berakhir.

"Saya sangat teruja mendapat peluang untuk kembali ke Liga Perdana dan menguruskan kelab yang hebat.

"Saya sudah mengadakan perbincangan dengan pengerusi dan pengarah sukan mengenai perancangan keseluruhan kelab ini termasuk akademi mereka," kata Vieira.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Julai 2021 @ 9:34 PM