SEORANG wanita melintasi kedai barangan Chelsea di Stamford Bridge. FOTO Reuters
SEORANG wanita melintasi kedai barangan Chelsea di Stamford Bridge. FOTO Reuters
AFP

London: Penyokong Chelsea berterima kasih kepada Roman Abramovich untuk 'kejayaan yang tiada tandingan' di bawah pemilikannya selepas jutawan Rusia itu mahu menjual kelab berkenaan berikutan pencerobohan Vladimir Putin ke atas Ukraine.

Abramovich masih belum disenarai hitam oleh kerajaan British yang kini menyasarkan bank Rusia, ahli perniagaan dan taikun pro-Kremlin.

Bagaimanapun kebimbangan jutawan berusia 55 tahun itu mengenai potensi asetnya mungkin dirampas mendorongnya untuk melepaskan The Blues.

Abramovich berjanji untuk mendermakan 'hasil bersih' penjualan kelab itu kepada mangsa perang.

Sejak mengambil alih kelab itu pada 2003, nasib Chelsea mula berubah.

Kelab London sudah memenangi 19 trofi utama termasuk lima gelaran Liga Perdana dan dua trofi Liga Juara-Juara.

"CST (Chelsea Supporters Trust) ingin mengucapkan terima kasih kepada Abramovich atas semangat dan dedikasinya terhadap Chelsea FC.

"Sokongannya membawa kepada kejayaan yang tidak boleh ditandingi. Penyokong Chelsea tidak akan melupai semua yang dilakukannya untuk kelab," kata CST dalam satu kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2022 @ 7:54 AM